Pages

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah

Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?" 


Jawab Iblis "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji." 

Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau kepada umatku ?"
Jawab Iblis "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari

Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?" 
Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. 

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang." 

Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?" 

Jawab Iblis "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya." 

Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka ?" 
Jawab Iblis "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. 
Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu." 

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?" 
Jawab Iblis "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. 

Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya". 

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?" 
Jawab Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka" 

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“ 
Jawab Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu" 

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang"
Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau,sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya

Maka firman Allah SWT : 

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku". 


Maka kata Iblis "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah. 

1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat 
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku. 

Maka datang firman Allah "Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan; 

Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu" 


Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW. 


Rasulullah s. a. w. Bersabda : 
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat" 


Monday, April 18, 2011

Lelaki, wanita cenderung tukar jantina dilaknat Rasulullah


MANUSIA diciptakan berlainan jantina dan berpasangan dengan tujuan dan maksud tersendiri, iaitu untuk saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Selain itu penciptaan manusia daripada kalangan lelaki dan wanita pula bertujuan untuk mengembangkan keturunan manusia agar terus berkekalan hingga ke hari kiamat. 

Sehubungan tindakan nekad segelintir lelaki yang merubah jantina ataupun berperawakan seperti wanita adalah perbuatan yang melanggar ketentuan agama dan tidak bersesuaian dengan nilai budaya masyarakat setempat.

Apatah lagi jika ia membabitkan proses pembedahan dan penukaran alat kelamin yang berkemungkinan memudaratkan.

Menurut al-Syeikh Walid bin Rashid al-Su’aidan, pembedahan menukar jantina membabitkan perubahan ciptaan Allah, mensiasiakan kejadiannya, mengikut hawa nafsu dan memenuhi tuntutan syaitan. Malah doktor yang melakukan pembedahan seumpama ini dikira berdosa. 


Golongan yang melakukan perbuatan keji ini dipengaruhi syaitan sehingga terdorong mengikut nafsu. Firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa ayat 119 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata.” 

Malah perbuatan mereka juga mendedahkan diri kepada risiko kerosakan anggota badan sehingga boleh lumpuh dan menyebabkan kehilangan nyawa. Sudah semestinya amalan buruk ini dilarang agama kerana manusia ditegah mendedahkan diri kepada jurang kebinasaan yang merosakkan. 

Selain itu terdapat banyak hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang menegah manusia daripada mengubah ciptaan Tuhan. Misalnya sebuah hadis riwayat Abdullah ibn Masud yang bermaksud: “Aku mendengar Rasulullah SAW melaknat wanita yang mencabut bulu keningnya dan yang mengikir giginya untuk kelihatan cantik, yang mengubah ciptaan Allah SWT.” 
Persoalanya, bagaimana pula perbuatan seseorang yang memakan ubat dengan tujuan untuk menukar suara daripada garau menjadi lembut, memakan hormon untuk membentuk fizikal seperti wanita dan lain-lain yang lebih berat daripada sekadar mencukur bulu kening. 

Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah SAW juga direkodkan pernah melaknat lelaki yang menyamai kaum wanita dan wanita yang menyamai kaum lelaki. (Riwayat Imam al-Bukhari) 

Perbuatan ini jika tidak dibanteras akan menimbulkan kecelaruan hukum syarak. Walaupun seseorang telah menukar kemaluannya, status jantina asal masih kekal walaupun secara fizikal telah berubah. Ia juga memporak-perandakan sistem hidup bermasyarakat sedia ada. 

Golongan yang berangan-angan untuk menukar jantina dinasihatkan berfikir sebelum melakukan tindakan yang akan menyebabkan mereka merana seumur hidup. 

Justeru, akur dengan ketetapan Ilahi adalah jalan bahagia menuju kejayaan. Manusia dikurniakan akal untuk berfikir bagi membuat pertimbangan sebelum melakukan sesuatu perkara. 

Thursday, April 7, 2011

Rupa Sebenar Kiamat..[Kita Kongsikan Bersama]

Gambaran Hari Kiamat

 
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi

Tuesday, March 22, 2011

Pembuka pintu berkat


Setiap manusia sudah dijamin rezekinya oleh Allah. Ia tidak hanya dikatakan sebagai wang ringgit tetapi pengertiannya amat luas sekali merangkumi kesihatan yang baik, ketenteraman jiwa, keturunan, isteri dan anak yang baik.
Ada yang runsing dan sering mempertikaikan masalah rezeki yang dimiliki. Mereka merungut kerana sudah bertungkus-lumus mencari rezeki namun kehidupan masih tidak berubah.

Sebagai hamba Allah yang beriman, anggaplah semua itu dugaan serta cabaran untuk menjadikan diri lebih kuat dan cekal berusaha. Teruskan berusaha kerana setiap kejayaan pastinya memerlukan kerja keras tanpa berputus - asa melaksanakannya.

Bersikap reda dan bertawakal supaya Allah memberkati segala yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi dan Pemurah atas rezeki untuk hamba-Nya.

Semua yang berlaku atas izin-Nya. Ketika seorang hamba berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukanlah yang diterima. Jika mereka bertawakal kepada Allah maka Allah pasti mencukupkan keperluannya. Allah berfirman yang bermaksud:

“Barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya (memelihara). Sesungguhnya Allah menyampaikan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan qadar (takdir) bagi setiap sesuatu.” (Surah at-Taalaq ayat 3).

Namun tahukah kita sikap memberi atau bersedekah mempunyai kelebihan dalam urusan pencarian harta. Malah ia membuka pintu rezeki lebih luas kepada mereka yang melakukannya.

Amalan bersedekah penyubur kebaikan serta melipat gandakan rezeki seseorang hamba. Allah berfirman yang bermaksud:

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).

Tidakkah kita merasa tertarik dengan janji Allah berikan itu? Tidak dinafikan, semua orang mahu hidup senang; mempunyai rumah yang luas dan selesa, berkereta mewah, memakai pakaian cantik dan bercuti ke luar negara .

Namun dalam erti kata sebenar, kehidupan kita tidak berstatus kerana ada kalanya kita berada di atas dan begitulah sebaliknya. Tujuan kita hidup bukan untuk memenuhi nafsu tetapi kita perlu melihat kekurangan dan kesengsaraan orang lain.

Jika Allah ‘memberi’ pinjaman kekayaan kepada kita maka gunakan kesempatan itu untuk melihat segala yang berlaku di sekeliling. Sebenarnya masih ada lagi yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Justeru jalankan amanah kekayaan yang Allah kurniakan itu bagi membantu golongan memerlukan. Dalam rezeki Allah itu terdapat hak orang lain yang perlu dimanfaatkan.

Bersifat individualistik melambangkan seorang itu tidak berhati perut, sukar didekati dan orang ramai tidak menghormatinya. Walaupun memberi dalam kuantiti sedikit tetapi sedikit itulah keberkatannya.

Alangkah baik jika pendekatan mencari rezeki sambil menyumbang diterapkan dalam diri kita. Sabda Rasulullah:

“Tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah.” (Riwayat Muslim).

Beri setakat mana termampu dulu kerana sumbangan sekecil itu menjadi pembersih harta kita. Sedekah orang yang kurang hartanya lebih besar ganjarannya.
Rasulullah bersabda:

“Sedekah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikeluarkan dalam keadaan sedikit harta. (Riwayat Ahmad).

Allah berfirman:

“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah ayat 262).

Apabila bersedekah, kita mesti iringi dengan perasaan gembira dan tidak boleh menyesal. Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya berusaha menyumbang tenaga dan fikiran bagi mengajak orang sekeliling melakukan kebaikan.

Rasulullah berbual dengan sahabat, maksudnya:

“Pada setiap Muslim tuntutan untuk bersedekah”, sahabat berkata: Bagaimana jika tidak mampu? Nabi menjawab: “Berusahalah dengan kedua tanganmu untuk hasilkan perkara bermanfaat dan bersedekahlah.

Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah sama ada dengan tenaga atau ditunjukkan kepada yang mampu).

Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran.

Sahabat bertanya lagi: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedekah (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Seelok-eloknya, galakkan diri bersedekah kepada ahli keluarga yang miskin dan memerlukan sebelum melaksanakannya kepada orang lain.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala, namun apabila diberi kepada yang punyai pertalian (kerabat), dua pahala iaitu satu sedekah dan satu lagi adalah merapatkan hubungan.” (Riwayat At-Tirmidzi).
Bersedekah boleh meringankan bebanan orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. Rasulullah bersabda: 

“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).

Justeru, beberapa perkara perlu diambil perhatian demi kesempurnaan amalan sedekah antaranya barang yang disedekahkan mestilah baik. Tidak wajar sama sekali barang yang disedekahkan itu kita sendiri tidak tergamak menggunakannya.

Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah. Kemudian sesuatu yang disedekahkan mesti halal.

Sunat jika bersedekah dengan benda atau barang yang disukai dan disayangi tidak kira ia banyak atau sedikit. Allah berfirman yang bermaksud:

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali-Imran ayat 92).

Jangan sesekali bersedekah kemudian mengungkit, merungut dan menyakiti hati orang yang menerima kerana perbuatan itu haram serta merosakkan amalan sedekah.
Pegawai Pengurusan Dakwah Munirah Care, Muhammad Khusairi Abdullah, berkata galakan kepada umat Islam bersedekah perlu supaya umat Islam terbela.

“Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal. Perbuatan ini lebih dekat kepada keikhlasan kerana menjauhkan diri daripada riak hingga merosakkan amalan."

“Penumpuan perlu diberikan kepada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat. Mereka terdiri daripada golongan fakir, miskin, amil, muallaf, riqab (hamba yang menebus dirinya secara ansuran), al-gharimin (orang yang menanggung hutang dan tidak mampu menyelesaikannya), fisabilillah (berjuang di jalan Allah) serta ibnu sabil (musafir yang terputus bekalannya di perantauan)."

“Setiap kali bersedekah pastikan niat kita ikhlas kerana Allah. Jika kita menderma hanya sekadar untuk mendapat pujian, nama atau pangkat ia tidak memberi sebarang makna,” katanya.

Beliau berkata, sedekah membuatkan seorang Muslim mendapat pelbagai nikmat dan kesan kehebatan sedekah itu dapat dirasai ketika berada di dunia lagi.

“Orang yang istiqamah bersedekah atau berinfak hartanya mudah menerima ilmu Allah, terhindar daripada penyakit, jiwa sentiasa tenteram dan menghapuskan sifat bakhil yang bersarang dalam diri."

“Tidak kira siapa kita sama ada kaya atau kurang hartanya mesti berusaha dan bersedia untuk bersedekah. Umpamanya jika kita mempunyai wang RM10 tidak mengapa jika bersedekah sebanyak RM1 kerana yang penting keikhlasan itu mendapat nilaian istimewa daripada Allah,” katanya.

Beliau berkata ganjaran kepada mereka yang bersedekah cukup besar kerana apa saja yang mereka infak itu pahala terus diterima secara berkekalan.

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”

“Dari hadis berkenaan membuka peluang untuk kita mendapatkan bekalan sebelum mata tutup buat selamanya. Jika kita sedekahkan al-Quran atau sejadah untuk kegunaan jemaah di masjid, selagi mana ia digunakan maka pahala tetap sampai kepada kita. Begitu juga apabila memberi makan, minum dan pakaian kepada anak yatim maka sudah tentu ganjarannya cukup besar,” katanya.

Wednesday, February 9, 2011

Valentine's Day - HARAM dalam Islam

Bersama Ustazah Siti Nor Bahyah dalam mengupas isu sambutan Valentine's Day yang diHARAMkan bagi umat Islam. Jika anda seorang Islam, maka berilah peringatan kepada keluarga, saudara atau rakan se-Islam agar tidak menyambut Valentine's Day kerana ia bukan amalan umat Islam.

Tuesday, January 25, 2011

CARA BERJIMAK MENGIKUT ISLAM

Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna 

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.


Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

Tuesday, November 23, 2010

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?Apa maksudnya?



Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) 

السلاما=keamanan.....

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...


Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh 


Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.


Jawab salam yang betul ialah ;


WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;          
WAALAI KUM SALAM


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata


Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…


Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.


Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.


Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan              “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.


Sama-sama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.


Sekian, semoga ada manfaatnya.

Saturday, November 13, 2010

PERISTIWA BESAR TAHUN 2012


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh...

Di sini saya ingin berkongsi dgn sahabat sekalian. Maaf seandainya kalian sudah atau pernah membaca atau juga telah mengetahui mengenainya..Ianya adalah sebagai peringatan buat kita umat di akhir zaman..

Berdasarkan hadis dan kajian ulamak tahun 2012 berkemungkinan besar berlaku bencana alam yang megakibatkan banyak penduduk dunia kehilangan nyawa dan harta benda.Wabak penyakit banyak menular. Generasi manusia akan susut. Beliau menambah lagi kenyataan bahawa peristiwa 2012 itu adalah jangkaan tetapi tidak mustahil berlaku lebih awal. Nasihatnya supaya hidupkan zikir dalam diri masing-masing bermula sekarang.  Sama ada percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing.

Hadis

1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi berkenaan huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, mengenai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar di langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas ke bumi )Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita lihat hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal huru hara 2012.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal...". 
Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"
Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah:"Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Kajian NASA

Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x (olehNASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter ( musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik ( polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA. Bulan mei 2009 planet ini telah jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi..

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Ia hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. (tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan. AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana (rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)

Kata2 RASULULLAH satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR..

Semoga perkongsian ini meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Nya dan kita seboleh mungkin memperbanyaakkan zikir dan ibadah sebagai bekalan...

Wallahu'alam...

Thursday, November 4, 2010

Pesanan Nabi Sebelum Tidur...



Sekadar ingat mengingati.....

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara

seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam

yakul

lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua

akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi

walaailaaha

illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang

lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.