Pages

Friday, February 21, 2014

Petua Orang Lama

>>PETUA ORANG LAMA<<
LELAKI ke PEREMPUAN 

Bila disahkan berbadan dua, mesti excited nak tahu jantina baby, kan? Boy ke girl? Kan? Kan? Kan?

Sekadar berkongsi petua nenek moyang kita...Ini sekadar petua,Belum tentu 100% tepat. Apa pun jantina bayi, kita terima , yang penting sempurna dan sihat

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan.

2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau.

3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan.

4) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya, kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni, mungkin hamil anak lelaki la tu.

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..
Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan

9) Melihat kepada response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu yang mengandung. Katanya, kalau baby pompuan tu suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau baby pompuan tu tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..

PENTING!!!! Untuk Pengetahuan Bersama

PENTING!!!
PARA IBU BAPA MESTI BACA!
SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Friday, February 7, 2014

Peringatan untuk kaum Ibu2 & diri sendiri..

Perkongsian daripada Prof. Dr. Rozieta Shaary 

Anak kecil buka sengaja suka mengamuk dan buruk perangai. Kita Ibu bapa jangan sekali bersangka anak kita memang buruk perangai dan dijadikan untuk menimbulkan masalah dan kesusahan kepada kita. Jangan langsung berfikir begitu, ya. Tak baik begitu.

Jika anak tu mengamuk...diantara lain mungkin sebab...

1- dia letih sangat atau sakit sampai badan dia dah tak boleh nak tanggung. Jadi urutlah dan biarkan dia merengek sebagai ekspresi mengeluarkan sakit tu. Sekejab sahaja dia akan merengek, jika anda izinkan dia merengek.

2- rungsing dengar hingar-bingar, sampai kepala dia rasa nak pecah. Maka bawalah ke tempat yang tenang. Basuh kepala dan mukanya serta bacakan ayat Al-quran, apa yang anda tahu.

3-dia tidak puas hati sebab barang yang dia ambil sebab baru sahaja nak explore dirampas takut merbahaya. Ramai ibu bapa bila anak memegang atau nak memegang benda yang merbahaya terus merampas kasar dan tidak menggantikan dengan benda yang selamat.
Boleh ambik, cuma jangan rampas secara kasar dan gantilah dengan barang yang lebih menarik.

4- terlalu selalu dilarang itu dan ini. Anak jadi keliru apalah yang boleh dia buat.

5- terlalu kerap dimarahi. sikit-sikit marah dan suruh diam.

6-terlalu ketat mendisiplin sampai tiada ruang untuk anak bernafas. Da anak merasakan dia dibenci.

7-mesti ikut arahan ibu bapa sampai tiada ruang utk mereka bertanya dan menyampaikan idea. Bertanya soalan pun tak boleh.

8- pernah tengok orang lain mengamuk dan ingatkan itulah cara yang baik. Oleh itu, beritahu dia tidak perlu ikut orang mengamuk sebab dia disayangi dan dia boleh memberitahu dengan baik apa yang dia hendak.

9- sebab mak bapak selalu sangat mengamuk...dan berkelahi antara satu sama lain. Terutama berkelahi mengenai siapa perlu buat apa utk anak. Anak menjadi punca berkelahi. Contoh,' asyik-asyik saya yang kena salin lampin, awak tengok TV jer'...marah-marah depan anak...macamanalah agaknya perasaan anak tu. Macam perasaan kita bila dah tua nantilah, bila anak-anak berkelahi sapa yang nak bawa kita ke klinik utk rawatan.

10-Dan satu perkara yang kita kadang-kadang terlepas pandang iaitu, anak mengamuk ini juga adalah jarum syaitan supaya ibu bapa jadi stress dan lupa diri lalu memarahi anak keterlaluan, lantas melukai anak dan mencederakan anak.

Bila sudah keterlaluan dan berterusan dan meningkat dosagenya, ini menimbulkan kesan trauma yang boleh menyebabkan timbul penyakit hati yang bertambah besar setiap tahun anak itu membesar, ibarat bebola salji yang turun bukit. Dan diantara kesan besarnya menjadikan sesaorang itu boleh mempunyai 'criminal mindset'.

Criminal mindset itulah yang membolehkan sesaorang itu melakukan perbuatan yang lebih hina daripada binatang seperti merogol dan menoreh kemaluan anak-anak kecil yang tidak berdosa.

Namun, jika anda sesekali terlepas kawalan diri tu, maafkanlah diri. Kita manusia, kita kadang-kadang boleh buat silap. Cuma jangan jadikan ia tabiat. Maafkan diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Cara menjauhi stress begini, enjoy your time parenting your children. Take it from me, sekejab jer kita dengan anak-anak kita kecil begini. Sekelip mata jer. Mereka begitu cepat membesar.

Belajar, memperbaiki diri, turunkan ego dan selalu bisikkan kepada diri, SAYA LAYAK MENJADI IBU BAPA CEMERLANG KERANA ANAK-ANAK SAYA LAYAK BAHAGIA DENGAN CARA SAYA MENDIDIK.