Pages

Wednesday, April 20, 2011

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah

Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?" 


Jawab Iblis "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji." 

Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau kepada umatku ?"
Jawab Iblis "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari

Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?" 
Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. 

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang." 

Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?" 

Jawab Iblis "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya." 

Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka ?" 
Jawab Iblis "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. 
Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu." 

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?" 
Jawab Iblis "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. 

Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya". 

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?" 
Jawab Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka" 

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“ 
Jawab Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu" 

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang"
Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau,sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya

Maka firman Allah SWT : 

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku". 


Maka kata Iblis "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah. 

1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat 
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku. 

Maka datang firman Allah "Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan; 

Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu" 


Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW. 


Rasulullah s. a. w. Bersabda : 
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat" 


Tuesday, April 19, 2011

KEPADA RAKAN2 YG BERAGAMA ISLAM....SILA BACA DGN PENUH P'HAYATAN YEA...PENTING!!!DAN JGN LUPA TLG SEBARKAN YEA..


Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!           



Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.           Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia 


Antaranya:        
  
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.          


2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .           


3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.           


4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.           


5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.           


6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.           


7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.           


8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.           


9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.           


10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.           


11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.           


12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.          


 Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!           Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.           Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)                 SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

Monday, April 18, 2011

Lelaki, wanita cenderung tukar jantina dilaknat Rasulullah


MANUSIA diciptakan berlainan jantina dan berpasangan dengan tujuan dan maksud tersendiri, iaitu untuk saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Selain itu penciptaan manusia daripada kalangan lelaki dan wanita pula bertujuan untuk mengembangkan keturunan manusia agar terus berkekalan hingga ke hari kiamat. 

Sehubungan tindakan nekad segelintir lelaki yang merubah jantina ataupun berperawakan seperti wanita adalah perbuatan yang melanggar ketentuan agama dan tidak bersesuaian dengan nilai budaya masyarakat setempat.

Apatah lagi jika ia membabitkan proses pembedahan dan penukaran alat kelamin yang berkemungkinan memudaratkan.

Menurut al-Syeikh Walid bin Rashid al-Su’aidan, pembedahan menukar jantina membabitkan perubahan ciptaan Allah, mensiasiakan kejadiannya, mengikut hawa nafsu dan memenuhi tuntutan syaitan. Malah doktor yang melakukan pembedahan seumpama ini dikira berdosa. 


Golongan yang melakukan perbuatan keji ini dipengaruhi syaitan sehingga terdorong mengikut nafsu. Firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa ayat 119 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata.” 

Malah perbuatan mereka juga mendedahkan diri kepada risiko kerosakan anggota badan sehingga boleh lumpuh dan menyebabkan kehilangan nyawa. Sudah semestinya amalan buruk ini dilarang agama kerana manusia ditegah mendedahkan diri kepada jurang kebinasaan yang merosakkan. 

Selain itu terdapat banyak hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang menegah manusia daripada mengubah ciptaan Tuhan. Misalnya sebuah hadis riwayat Abdullah ibn Masud yang bermaksud: “Aku mendengar Rasulullah SAW melaknat wanita yang mencabut bulu keningnya dan yang mengikir giginya untuk kelihatan cantik, yang mengubah ciptaan Allah SWT.” 
Persoalanya, bagaimana pula perbuatan seseorang yang memakan ubat dengan tujuan untuk menukar suara daripada garau menjadi lembut, memakan hormon untuk membentuk fizikal seperti wanita dan lain-lain yang lebih berat daripada sekadar mencukur bulu kening. 

Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah SAW juga direkodkan pernah melaknat lelaki yang menyamai kaum wanita dan wanita yang menyamai kaum lelaki. (Riwayat Imam al-Bukhari) 

Perbuatan ini jika tidak dibanteras akan menimbulkan kecelaruan hukum syarak. Walaupun seseorang telah menukar kemaluannya, status jantina asal masih kekal walaupun secara fizikal telah berubah. Ia juga memporak-perandakan sistem hidup bermasyarakat sedia ada. 

Golongan yang berangan-angan untuk menukar jantina dinasihatkan berfikir sebelum melakukan tindakan yang akan menyebabkan mereka merana seumur hidup. 

Justeru, akur dengan ketetapan Ilahi adalah jalan bahagia menuju kejayaan. Manusia dikurniakan akal untuk berfikir bagi membuat pertimbangan sebelum melakukan sesuatu perkara. 

Friday, April 15, 2011

MARIMAR


Sinopsis penuh drama Marimar 
Gustavo Aldama, seorang pengusaha kaya, menikahi seorang wanita bernama Lupita walaupun ketidaksetujuan ibunya tentang hubungan mereka. Hal-hal menjadi lebih rumit ketika Lupita melahirkan anak Gustavo, yang ia namakan Marimar. Dolores, ibu Gustavo, percaya Lupita kahwini anaknya hanya untuk harta mereka dan cuba melakukan segala galanya untuk memisahkan mereka berdua.

Dolores member ubat kepada Lupita dan mengupah seorang lelaki, dan menyiapkan mereka untuk membuatnya terlihat seperti Lupita menjalinkan hubungan dengan lelaki itu. Gustavo terasa hancur mendapati Lupita “tidur” dengan lelaki lain, tidak diketahui bahawa itu adalah rancangan oleh ibunya sendiri. Dolores kemudian menuntut Lupita untuk meninggalkan keluarga mereka dan tidak pernah kembali.

Sudah terlambat, ketika Gustavo tahu pengkhianatan ibunya. Ia tidak boleh lagi mencari Lupita, yang telah bersembunyi bersama-sama dengan putrinya. Lupita ber janji bahawa suatu hari Marimar akan menuntut apa yang menjadi hak miliknya. Sementara itu, Gustavo meninggalkan orang tuanya dan memutuskan untuk tinggal sendirian di Manila, tidak kehilangan harapan bahawa suatu hari, ia akan menemui isteri dan anak perempuannya.

Tujuh tahun berlalu, namun usaha Gustavo untuk mencari Lupita dan Marimar tetap sia-sia. Suatu hari, Esperanza sepupunya mengunjunginya, membawa dengan berita kedua orangtuanya kemalangan. Walaupun perasaan sakit hati terhadap ibunya, Gustavo pulang untuk akhirnya menutup masa lalunya.

Ketika melawat makam orang tuanya, Silva, seorang teman Lupita, datang untuk memberitahu keberadaan Lupita dan Marimar. Gustavo tidak membuang-buang waktu dan pergi untuk menyatukan kembali dengan keluarganya. Lupita mengampuni Gustavo, untuk menyenangkan Marimar yang sangat gembira untuk akhirnya bertemu ayahnya.

Dalam perjalanan mereka kembali ke Manila, pesawat penumpang yang mereka naiki crash ke laut dan memisahkan Marimar dari orang tuanya. Gustavo sekali lagi kehilangan keluarganya setelah dia telah berusaha keras untuk membina semula. Lupita kemudian ditemui mati, tetapi Marimar tidak diketahui.

Marimar yang terdampar di sebuah pulau terdekat. Dia ditemui oleh seorang pasangan tanpa anak, Lola Cruz dan Lolo Pancho, dan setelah mengetahui bahawa Marimar menderita amnesia, memutuskan untuk menjaga Marimar seperti cucu mereka sendiri. Lola Cruz memanggilnya Marimar setelah melihat nama di kalung Marimar. Marimar bertemu dengan Angelika, dan mereka menjadi teman bermain di pantai. Namun, Marimar dan Angelika mulai berkelahi ketika Angelika jatuh dan patah lengannya, dan menyalahkan insiden itu pada Marimar.
MARIMAR
Marimar kemudian tumbuh menjadi seorang wanita muda yang ringkas dan naif, yang hidupnya rumit dan tersiksa bermula ketika dia bertemu, jatuh cinta, dan bersetuju untuk berkahwin Sergio Santibañez, untuk alasan membalas dendam terhadap ayahnya Renato dan bekas kekasih Sergio, Angelika, teman masa kecil Marimar, yang telah menjadi ibu tiri barunya. Marimar kemudian menjadi mangsa pada kekejaman Angelika di rumah Santibañez. Ini bermula rasa kebangkitan kenyataan pahit dari cintanya untuk Sergio terhadap dirinya.

Nasib mula menyokong Marimar ketika ia memutuskan untuk meninggalkan San Martin de la Costa setelah menderita banyak dari rumah Santibañez dan kematian datuk-nenek angkatnya dari api di bawah perintah Angelika . Marimar menukar namanya menjadi Bella. Di bandar, ia melahirkan seorang bayi perempuan cantik yang dia bernama Cruzita sempena neneknya Lola Cruz. Marimar tidak membenarkan Sergio, untuk melihat anaknya Cruzita, dan membuat Cruz percaya bahawa Sergio telah meninggalkan dia ketika dia pergi dalam urusan perniagaan.

Setelah bertahun-tahun mencari, Gustavo akhirnya bertemu Marimar, tetapi kerana Marimar telah menukar namanya menjadi Bella, Gustavo tidak mengenalinya. Natalia, seorang gadis gila dan bercita cita tinggi dari Costa dela San Martin yang juga membenci Marimar ketika dia masih tinggal di Villa Santibanez, telah merampas loket Marimar sebelum meninggalkan Villa Santibanez, dan loket itu pula yang akan membuktikan identiti puteri Gustavo yang hilang dan ahli waris. Natalia mula berpura-pura menjadi putri Gustavo yang hilang, namun penipuan nya tidak berlangsung lama sebagai memori Marimar yang hilang kembali dengan Natalia nanti terbukti penipu. Gustavo akhirnya mengakui Marimar sebagai putrinya, namun ia meninggal kerana serangan jantung , meninggalkan kekayaan yang tak terhitung dari Aldamas padanya. Dengan bantuan nya Tia Esperanza dan temannya Innocencia, Marimar pergi ke Amerika Syarikat dan benar-benar mengubah dirinya dari seorang gadis miskin dan naif ke Bella Aldama kaya dan canggih.

Ketika dia kembali ke Filipina, Marimar bertemu Rodolfo San Jinez, seorang pengusaha yang bercadang untuk menikahinya kerana syarikat keluarganya itu kehilangan wang. Rodolfo menjemput dia ke party dirumahnya sebagai tetamu kehormatan. Tidak diketahui Marimar, yang sekarang dikenali sebagai Bella, Sergio juga pergi ke pesta. Sergio tiba-tiba melihat Bella dan mengakui dirinya sebagai Marimar. Sergio mengatakan kepada Rodolfo bahawa Bella adalah isterinya, tetapi Rodolfo berfikir itu tidak mungkin. Marimar kemudian menolak San Jinez pada hari pernikahan mereka dan membuktikan kepada dirinya sendiri bahawa dia masih mencintai Sergio.

Sementara itu, apabila Santibañez Villa mulai jatuh, Angelika kembali dari luar negeri dengan membawa Renato yang memori nya semakin melemah ke rumah mereka di mana dia “mengurus” Renato. Tanpa diketahui Renato, Angelika meletakkan “ubat” dalam makanan Renato, untuk melemahkan ingatannya. Renato menyedari bahawa Angelika bertanggung jawab atas kehilangan wang dari syarikatnya. Angelika pergi ke Manila untuk satu auction tetapi Marimar, sebagai Bella Aldama, muncul dan terjadi konfrontasi. Kerana dendam Marimar , Angelika kehilangan segalanya kepada Marimar. Angelika kembali ke Villa Santibañez dan menghantar suaminya ke rumah sakit jiwa. Namun, Renato sudah melarikan diri dari rumah sakit sebelum Angelika dan kakitangannya itu muncul. Nicandro, seorang pekerja di bawah Angelika, menembak Renato atas arahan Angelika. Namun, Renato dibawa oleh Dra. Rhia untuk disembuhkan. Renato akhirnya bersatu dengan Sergio dan balas dendam pada Angelika. Marimar membeli Villa Santibañez dan menghina Angelika semasa berlawan, Angelika tidak sengaja menusuk mata kanannya sendiri. Banyak run-in antara Sergio, Marimar, dan Rodolfo berlaku. Akhirnya, Marimar sekali lagi memutuskan untuk meninggalkan negara untuk mengatur hidupnya kembali. Namun, Rodolfo menculik sebelum ia boleh pergi. Sergio kemudian menyelamatkan Marimar dari penculik, tapi Rodolfo tak sengaja menembak Marimar ketika ia bermaksud menujukan kepada Sergio. Secara tidak sengaja akhirnya ketiga tiga mereka tertembak tapi tidak parah. Rodolfo dibawa ke rumah sakit untuk kemudian diadili dan penjara.

Setelah hatinya lama mencari, Marimar memutuskan untuk memaafkan Sergio dan bersatu kembali. Kemudian, Marimar bertemu Vanessa May, iaitu kekasih ayahnya Gustavo sewaktu ia dipisahkan dari Lupita, Vanessa mengatakan bahawa dia ingin mencari putrinya yang hilang itu dan ternyata ialah Angelika – saingan Marimar. Tidak diketahui Marimar, Angelika merencanakan kejatuhan pewaris Aldamas untuk mendapatkan Sergio. Angelika bertanggung jawab atas pembunuhan ibunya sendiri, Vanessa May, dan Esperanza. Dia mengugut Marimar atas pembunuhan Esperanza. Sergio dan yang lain tahu bahawa Angelika adalah yang bertanggung jawab atas pembunuhan tetapi tidak dapat menemukan bukti yang memberatkan terhadap dirinya kerana Angelika mempunyai pisau dengan cap jari Marimar dan blouse dengan darah Esperanza. Angelika menculik Marimar supaya dia boleh membunuh Marimar. Angelika memberitahu Marimar dialah yang membunuh Esperanza. Nicandro dan Diego menyelamatkan Marimar dari rancangan Angelika untuk membunuh Marimar dan mereka berbohong kepada Angelika tentang kematian Marimar . Rancangan Angelika gagal tapi dia menyediakan perangkap lain untuk Marimar. Angelika mencari Marimar sehingga mereka bersemuka untuk menyelesaikan segalanya. Angelika menembak Marimar berulang-ulang, tapi Maarimar bertahan kerana baju anti peluru nya. Marimar menyedari bahawa Angelika tidak akan berhenti untuk menghancurkan dia dan keluarganya sehingga dia memutuskan untuk akhirnya melawan kembali Angelika. Setelah beberapa siri campur tangan polis, Angelika yang terlibat dalam tembak menembak dan kemudian ditangkap. Dalam insiden itu, Marimar telah dibelasah Angelika dan cedera parah. Setelah pengalaman menjelang kematian yang mengerikan, Marimar tetap bertahan dengan keajaiban. Sementara itu, Renato mengkhianati Nicandro kepada polis dan sekumpulan polis menembak Nicandro sehingga mati sebelum dia boleh cuba untuk melarikan diri dari mereka.

Satu bulan kemudian, selepas Marimar pulih , dia bersama-sama dengan Sergio dan rakannya, pergi ke sidang mahkamah di mana Angelika berada dalam tahanan. Juri mendapati Angelika bersalah kerana melakukan pembunuhan. Sergio dan Marimar mengadakan makan malam syukur dengan keluarga dan teman dekat selepas sidang. Sementara itu, Renato pergi ke penjara di mana Angelika dihukum dan memberikan hadiah (berupa wang) dan memberi “izin” kepada warden di mana Angelika ditempatkan. Sebuah “izin” dari Renato adalah supaya Angelika disiksa di penjara dan dia memberikan tanda bakar dengan nama Marimar di atasnya di mana Renato mengatakan kepadanya bahawa tanda bakar juga merupakan “hadiah” dari Marimar dan Renato terus menyakitinya bersama-sama dengan banduan wanita yang turut menyertai untuk menyakiti Angelika.

Sergio dan Marimar mengumumkan bahawa mereka akhirnya akan berkahwin dan Marimar memberikan kembali kepada Renato Villa Santibañez. Sementara itu, bapa angkat Angelika melawat Angelika di penjara dan dia merancang untuk melarikan Angelika dari penjara dan Angelika boleh bekerjasama dengan nya untuk merosakkan perkahwinan Sergio dan Marimar. Angelika berjaya keluar bersama-sama dengan banduan lain setelah sebuah bom diletupkan untuk membuka dinding. Tanpa menyedari bahawa Angelika telah melarikan diri dari penjara, Marimar dan Sergio mempersiapkan pernikahan mereka.

Pada hari pernikahan, Angelika memukul Arturo, meletakkannya di dalam Bagasi kereta, dan menyamarkan dirinya sebagai pemandu, menggantikan Arturo. Sergio, bersama-sama dengan Cruzita, memandu kereta yang kini dipandu Angelika untuk pergi ke gereja. Angelika menculik Sergio dan Cruz kemudian memberikan Marimar pilihan dari dua “hadiah khas”. Dia telah menyuruh Marimar pergi ke sebuah pantai di mana dia memanggil Marimar di telefonnya. Dia memberitahu Marimar untuk memilih hadiahnya: Kehidupan Sergio atau Cruzita . Angelika telah meletakkan Sergio dan Cruzita dalam dua perahu yang berbeza dengan bom diikatkan ke dada mereka. Marimar ke laut dengan sebuah perahu ketiga yang disediakan oleh Angelika dan akhirnya memutuskan untuk menyelamatkan Cruzita. Begitu dia mendapatkan putrinya, Marimar menembak orang suruhan Angelika dan mendapatkan Cruzita dan melompat ke dalam air saat bom yang diikat ke dada Cruzita hampir meletup . Mereka berenang ke pantai tanpa diketahui oleh Angelika. Marimar dan Cruzita terkejut dengan apa yang baru saja terjadi pada Sergio. Marimar Cruzita mengatakan bahawa dia harus berani dan kuat walaupun tanpa Sergio, kemudian Marimar menyembunyikan Cruzita dan mengatakan bahawa dia akan kembali untuknya.

Sementara itu, Sergio tidak mati dalam letupan . Tepat sebelum waktu yang ditetapkan di bom habis dia mampu menjatuhkan orang suruhan Angelika , lepaskan bom dari badannya dan melarikan diri dari perahu. Marimar pergi untuk menghadapi Angelika. Orang suruhan Angelika tidak dapat mengesan Marimar dan akhirnya Marimar datang menemui dan bergaduh dengan Angelika. Tidak diketahuinya , Sergio juga di daerah tersebut dan melawan orang suruhan Angelika yang masih berlegar. Ketika bapa angkat Angelika telah mendapatkan Sergio dan mengacu senjata, Renato menyelamatkan anaknya dengan menembak Bapa angkat Angelika itu. Sergio diberitahu Renato bahawa Marimar ada di daerah itu dan Sergio segera pergi untuk menemuinya. Sementara itu, Marimar dan Angelika berjuang di helikopter Angelika yang mahu berlepas . Sergio mampu mencapai helikopter sebelum ia benar-benar berlepas. Marimar menolak Angelika keluar di mana ia jatuh ke bawah di sungai di penuhi buaya. Angelika yang berdarah dipaparkan diseret dan tampaknya dilahap oleh buaya. Sergio naik ke helikopter, dia dan Marimar bertemu kembali.

Setelah patah hati dan kesedihan, air mata dan penderitaan dan kematian Angelika, dua kekasih akhirnya berkahwin di tengah teman-teman dekat mereka dan orang-orang tercinta.
sumber sinopsis : http://dazzlingmeteor.blogspot.com
Starring:
Marian Rivera
Dingdong Dantes