Pages

Saturday, July 31, 2010

Resepi Nasi Ayam Hainan

Bahan untuk rebus ayam:
1 ekor ayam
Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
Garam
Serbuk pati ayam ~ kalau suka
2 inci halia ~ diketuk

Cara penyediaan:
Sediakan periuk, letak air, garam, dan halia yang diketuk. Didihkan.Masukkan ayam . Masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan.

*
~ Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai2 untuk agak. Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur.
~ Resepi asal, ayam yg telah direbus perlu direndam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. 

Untuk nasi:
3 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
Garam
1 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4. Tanak hingga masak.

*Resepi yg sebenarnya menggunakan lemak/kulit ayam.

Untuk sup:
Air rebusan ayam
Daun sup ~ dihiris

Cara penyediaan:
~ Air rebusan ayam tadi dididihkan. Letaklah garam secukup rasa. Hidangkan bersama hirisan daun sup.

Untuk sos cili:
10 biji cili merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
Garam
2 sudu besar jus limau nipis
1/2 botol sos thai

Cara penyediaan:
1. Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau.
2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.

Untuk sos kicap:
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula

Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.

Bahan sampingan:
1 batang timun ~ dihiris
2 biji buah tomato ~ dihiris
Salad ~ dihiris
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
Minyak bijan ~ taburkan ke atas ayam yg telah dipotong.

Asyraf Imam Muda

Finalis Imam Muda
Nama Penuh: Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26

Asal: Pulau Pinang 
Tarikh Lahir: 12 Februari 1984 
Bangsa: Melayu 
Status: Berkahwin 
Pekerjaan: Imam 
Nama Isteri: Nurhusna Yusof, 23
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah, Universiti Malaya & Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Syariah di UM


Nama Penuh: Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27
Asal: Baling, Kedah 
Tarikh Lahir: 1 April 1983 
Bangsa: Melayu 
Status: Berkahwin 
Pekerjaan: Guru Tahfiz 
Pendidikan: Sarjana Muda Syariah (Tahun Akhir), Universiti Al-Azhar, Mesir 
Nama Isteri: Liliyana Hasanah Yudi, 23

Surah Bacaan Ketika Mengandung

Surah Al-Fatihah
- Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan

Surah Maryam
- Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

Surah Luqman
- Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa

Surah Yusuf
- Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak

Surah Hujurat
- Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yasin
- Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

Surah At-Taubah
- Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat

Surah An-Nahl
- Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Petua Untuk Menambat Hati Insan Tersayang

Di sini diperturunkan 25 sifat yang perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka.

Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yang ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya.

1. Bentuk tubuh yang menarik.
Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

2. Selain bentuk tubuh, 
Aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara.
Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

4. Lemah lembut.
Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.

5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. 
Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

6. Penampilan yang sederhana. 
Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik.
Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian.
Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda miliki.

9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.

16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.

22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

Thursday, July 29, 2010

10 Tip Kekalkan Rasa Cinta

Perkahwinan merupakan jalinan cinta antara dua hati. Selain saling memahami antara satu sama lain, keintiman antara pasangan yang baru berkahwin menjadi perkara asas yang harus ada. Keintiman akan hadir jika kita saling bertoleransi, mengambil berat dan bertolak ansur dengan pasangan kita. Sesibuk mana pun kita dengan kerja, kita harus sentiasa memberi masa untuk pasangan agar rasa cinta itu terus mekar dan subur dalam hati. Berikut adalah tip untuk mengekalkan rasa cinta dengan pasangan.
* Luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk bersembang dengan pasangan anda agar kehangatan dan rasa cinta itu sentiasa subur.

* Belai pasangan anda dengan ciuman manja sebagai tanda penghargaan diri anda kepada dirinya, malah senyuman juga memain peranan penting dalam meneruskan perjalanan awal untuk mencipta hubungan antara pasangan. Biarkan mata anda berkelip-kelip manja sebagai tanda anda terlalu merindui dirinya.

* Hangatkan hubungan cinta anda dengan si dia dengan memberi kejutan ciuman di lehernya semasa si dia membuat kerjakerja di meja komputer ketika atau semasa sedang berehat di rumah.

* Sesekali ketika bersantai di rumah bersama si dia, berikan urutan kepadanya, lagipun bukan untuk orang lain tetapi kepada insan yang kita disayangi. Berikan ciuman romantik atau tunjukkan mesej melalui isyarat badan terhadap si dia.

* Atau anda boleh menulis kepadanya menyatakan sesuatu tentang kelebihan dirinya. Letakkan ayat-ayat ‘cinta ‘ itu di dalam dompet tangan atau beg kerja untuk memberi kejutan kepada dirinya.

* Buktikan perasaan cinta anda pada si dia, berikan dia satu ciuman romantic diikuti dengan pelukan sebagai tanda penghargaan diri. Setiap pasangan sentiasa inginkan dirinya dibelai dan disayangi.

* Usah malu dengan si dia, peluklah si dia dengan pelukan erat, luahkan kata-kata cinta kepadanya dan berikan ciuman romantik untuknya.

* Kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang, lebih-lebih lagi daripada isterinya. Sambil itu si isteri bolehlah menepuk bahu si suami sebagai tanda memuji kehebatan dirinya.

* Walaupun telah berkahwin dan memiliki anak, tidak salah untuk menyatakan ucapan cinta dan sesekali apa salahnya tinggalkan pesanan ringkas pada si dia, mungkin ia boleh mengimbau kembali zaman percintaan anda suatu ketika dulu. Anda boleh meluahkan kata-kata cinta anda kepada si dia untuk menghangat keintiman hubungan anda.



Bersikap Matang Agar Rumahtangga Berkekalan
Suami matang bahagiakan rumahtangga
Sebenarnya, tidak susah bagi suami membisikkan kata-kata pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya.


1- Bisikkan kata-kata pujian ke telinga isteri setiap kali isteri mencuba pakaian baru ataupun menyediakan masakan untuk keluarga. Berilah hadiah kecil ataupun ciuman sebagai tanda anda menghargai kehadiran isteri anda.


2- Seorang suami yang matang, pastinya dapat mengawal rasa kemarahan apabila berlaku krisis rumah tangga. Jangan gunakan kekerasan kepada isteri seperti meninggikan suara yang keterlaluan. Nasihati secara lembut kerana hati seorang wanita akan tersentuh dengan kelembutan.


3- Seorang isteri juga memerlukan masanya sendiri, walaupun selepas berkahwin. Untuk itu, beri kebebasan sedikit kepada isteri untuk bertemu dengan rakan-rakan lama. Jangan cemburu kepada isteri dan bersikap buruk sangka.


4- Di awal perkahwinan, mungkin akan berlaku sedikit masalah kewangan kerana banyak wang digunakan untuk majlis perkahwinan. Untuk itu anda perlu bijak mencari wang dan mengajar isteri anda bersabar.


5- Seorang suami yang matang juga perlu mengaku bersalah, sekiranya benar-benar melakukan kesalahan. Kurangkan sikap ego kerana anda berhadapan dengan isteri yang telah berkongsi hidup dengan anda.


6- Dalam kehidupan berumah tangga perselisihan faham, adalah perkara biasa. Perselisihan faham akan membuatkan anda lebih memahami pasangan. Jadi apabila ada perselisihan faham, pastikan ia tidak melarat hingga boleh membawa kepada perpisahan.


7- Seorang suami yang matang, akan tahu mengambil hati isteri. Agar isteri lebih dihargai, anda boleh meminta buah fikiran ataupun pendapatnya.


Belajar memahami emosi lelaki
Lelaki dan wanita mempunyai banyak perbezaan yang ketara. Bukan sahaja dari segi perwatakan, cara percakapan malah emosi mereka juga amat berbeza. Ramai yang beranggapan wanita itu lebih sensitif daripada lelaki. Apakah kenyataan ini benar atau sebaliknya? Pesona Pengantin cuba mengungkap revolusi tentang lelaki...


1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterusterang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.


2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.


3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitive dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.


4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.


5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.


6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak seperti wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.


7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.


8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki adalah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.


9. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya dalam dua keadaan, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda menambah ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.


10. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.


11. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ia bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Lelaki berbeza dari wanita adalah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita.


Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semula jadi antara lelaki dan wanita. Apabila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi sama ada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.


12. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.








Wednesday, July 28, 2010

Informasi

Sy nak kongsikan kpd anda semua petua naikkan seri muka...(artikel dr RAP)..sape2 yg nak muka b'seri2 2 leh la try test! :-D
Caranya:
1. Ambil air basuhan beras untuk bilasan yang kedua atau yang ketiga. 
2. Sapu pada keseluruhan muka air basuhan tersebut dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. 


3. Kemudian bilas dengan air bersih.

~Selamat Mencuba~ 





Monday, July 5, 2010

Benci Bilang Cinta

Glitter Graphics

Salam guys...lma tak update blog..busy la..2 la psl...nak tnya korang ni? Korang tgk tak ceta sinetron "BENCI BILANG CINTA?"..Bg yg tgk 2 mesti tau kn...hehe..photo2 semua ni ialah hero dlm ceta ni...Dimas @Baim Wong & heroinnya Winda@Marshanda. Klu korang tak sempat lg tgk ceta ni, korang leh tgk di http://helloskyblu.blogspot.com..

Glitter Graphics

oppss! korang jgn lupa jga tgk ceta Alisa ok...best ndak best korang tgk dlu..hehehe...babai ;-)