Pages

Thursday, July 29, 2010

10 Tip Kekalkan Rasa Cinta

Perkahwinan merupakan jalinan cinta antara dua hati. Selain saling memahami antara satu sama lain, keintiman antara pasangan yang baru berkahwin menjadi perkara asas yang harus ada. Keintiman akan hadir jika kita saling bertoleransi, mengambil berat dan bertolak ansur dengan pasangan kita. Sesibuk mana pun kita dengan kerja, kita harus sentiasa memberi masa untuk pasangan agar rasa cinta itu terus mekar dan subur dalam hati. Berikut adalah tip untuk mengekalkan rasa cinta dengan pasangan.
* Luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk bersembang dengan pasangan anda agar kehangatan dan rasa cinta itu sentiasa subur.

* Belai pasangan anda dengan ciuman manja sebagai tanda penghargaan diri anda kepada dirinya, malah senyuman juga memain peranan penting dalam meneruskan perjalanan awal untuk mencipta hubungan antara pasangan. Biarkan mata anda berkelip-kelip manja sebagai tanda anda terlalu merindui dirinya.

* Hangatkan hubungan cinta anda dengan si dia dengan memberi kejutan ciuman di lehernya semasa si dia membuat kerjakerja di meja komputer ketika atau semasa sedang berehat di rumah.

* Sesekali ketika bersantai di rumah bersama si dia, berikan urutan kepadanya, lagipun bukan untuk orang lain tetapi kepada insan yang kita disayangi. Berikan ciuman romantik atau tunjukkan mesej melalui isyarat badan terhadap si dia.

* Atau anda boleh menulis kepadanya menyatakan sesuatu tentang kelebihan dirinya. Letakkan ayat-ayat ‘cinta ‘ itu di dalam dompet tangan atau beg kerja untuk memberi kejutan kepada dirinya.

* Buktikan perasaan cinta anda pada si dia, berikan dia satu ciuman romantic diikuti dengan pelukan sebagai tanda penghargaan diri. Setiap pasangan sentiasa inginkan dirinya dibelai dan disayangi.

* Usah malu dengan si dia, peluklah si dia dengan pelukan erat, luahkan kata-kata cinta kepadanya dan berikan ciuman romantik untuknya.

* Kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang, lebih-lebih lagi daripada isterinya. Sambil itu si isteri bolehlah menepuk bahu si suami sebagai tanda memuji kehebatan dirinya.

* Walaupun telah berkahwin dan memiliki anak, tidak salah untuk menyatakan ucapan cinta dan sesekali apa salahnya tinggalkan pesanan ringkas pada si dia, mungkin ia boleh mengimbau kembali zaman percintaan anda suatu ketika dulu. Anda boleh meluahkan kata-kata cinta anda kepada si dia untuk menghangat keintiman hubungan anda.



Bersikap Matang Agar Rumahtangga Berkekalan
Suami matang bahagiakan rumahtangga
Sebenarnya, tidak susah bagi suami membisikkan kata-kata pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya.


1- Bisikkan kata-kata pujian ke telinga isteri setiap kali isteri mencuba pakaian baru ataupun menyediakan masakan untuk keluarga. Berilah hadiah kecil ataupun ciuman sebagai tanda anda menghargai kehadiran isteri anda.


2- Seorang suami yang matang, pastinya dapat mengawal rasa kemarahan apabila berlaku krisis rumah tangga. Jangan gunakan kekerasan kepada isteri seperti meninggikan suara yang keterlaluan. Nasihati secara lembut kerana hati seorang wanita akan tersentuh dengan kelembutan.


3- Seorang isteri juga memerlukan masanya sendiri, walaupun selepas berkahwin. Untuk itu, beri kebebasan sedikit kepada isteri untuk bertemu dengan rakan-rakan lama. Jangan cemburu kepada isteri dan bersikap buruk sangka.


4- Di awal perkahwinan, mungkin akan berlaku sedikit masalah kewangan kerana banyak wang digunakan untuk majlis perkahwinan. Untuk itu anda perlu bijak mencari wang dan mengajar isteri anda bersabar.


5- Seorang suami yang matang juga perlu mengaku bersalah, sekiranya benar-benar melakukan kesalahan. Kurangkan sikap ego kerana anda berhadapan dengan isteri yang telah berkongsi hidup dengan anda.


6- Dalam kehidupan berumah tangga perselisihan faham, adalah perkara biasa. Perselisihan faham akan membuatkan anda lebih memahami pasangan. Jadi apabila ada perselisihan faham, pastikan ia tidak melarat hingga boleh membawa kepada perpisahan.


7- Seorang suami yang matang, akan tahu mengambil hati isteri. Agar isteri lebih dihargai, anda boleh meminta buah fikiran ataupun pendapatnya.


Belajar memahami emosi lelaki
Lelaki dan wanita mempunyai banyak perbezaan yang ketara. Bukan sahaja dari segi perwatakan, cara percakapan malah emosi mereka juga amat berbeza. Ramai yang beranggapan wanita itu lebih sensitif daripada lelaki. Apakah kenyataan ini benar atau sebaliknya? Pesona Pengantin cuba mengungkap revolusi tentang lelaki...


1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterusterang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.


2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.


3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitive dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.


4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.


5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.


6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak seperti wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.


7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.


8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki adalah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.


9. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya dalam dua keadaan, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda menambah ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.


10. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.


11. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ia bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Lelaki berbeza dari wanita adalah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita.


Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semula jadi antara lelaki dan wanita. Apabila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi sama ada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.


12. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.








No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda d sini..tq :)