Pages

Thursday, November 25, 2010

AZIMAT BUAT LELAKI

Wahai insan bernama lelaki, renungilah panduan di bawah ini sebagai panduan mengharungi kehidupan yang mencabar di zaman ini..

1.KETIKA MENCARI CALON

- Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2.KETIKA MELAMAR
 
- Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah
melalui orang tua/ wali si gadis.

3.KETIKA AKAD NIKAH
- Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4.KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
- Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus
berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mengia-iakan doa mereka.

5.KETIKA MALAM PERTAMA
- Bersabar dan bersyukurlah..anda sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6.SELAMA MENEMPUH BIDUK BEKELUARGA
- Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga
semak belukar yang penuh onak dan duri.

7.KETIKA BIDUK RUMAHTANGGA GOYANG
- Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.

8.KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
- Cintailah isteri anda 100%

9.KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
- Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri
atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
- Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan
suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
- Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
- Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara
bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
- Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
- Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah
marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada
anak.

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
- Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL
- Jangan ditelan, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

- Gunakanlah formula 7K

1.Ketaqwaan
2.Kasih sayang
3.Kesetiaan
4.Komunikasi dialogis
5.Keterbukaan
6.Kejujuran
7.Kesabaran


No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda d sini..tq :)