Pages

Tuesday, May 3, 2011

Apa da jadi dgn dunia kita pada masa kini? Guru Agama kena 9 tahun cabul kehormatan anak tiri..

RAMLI dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu selepas perbicaraan semalam. - Foto Taufiq Daud

KUALA TERENGGANU: Seorang guru agama dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah melakukan seks luar tabii dan mencabul kehormatan anak tirinya di Kampung Bakong Jalan Paloh, di sini, pada Disember tahun lalu. 


Hakim Zainal Abidin Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ramli Ibrahim, 66, yang berasal dari kampung sama, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.


Tertuduh yang memakai serban serta berjubah putih dan tidak diwakili peguam kelihatan tenang ketika hakim menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun bagi kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii dan tiga tahun bagi kesalahan mencabul. Zainal Abidin memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 4 Januari lalu. 

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa masuk ke bilik anak tirinya berusia 44 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) di rumah berkenaan dan bertindak menggosok badan mangsa, meramas buah dada dan meraba kemaluan mangsa antara jam 12 hingga 7 pagi pada 15 Disember lalu. 


Tertuduh yang pernah mempunyai empat isteri dan tujuh anak juga didakwa memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa yang cacat pendengaran dan bisu secara paksa. 

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda d sini..tq :)